Message Cik Siti Nurulhuda

PENGGUNAAN PENSIL WARNA

Setelah membaca blog “Mengapa Poster Color”, pasti pelajar-pelajar tertanya-tanya “Bagaimana jika saya masih mahu menggunakan pensil warna?”

Ya, pelajar dibenarkan menggunakan pensil warna ketika peperiksaan. Dan anda masih mampu menjadikan karya anda kelihatan menarik setaraf dengan rakan-rakan yang menggunakan ‘poster color’ jika anda tahu teknik penggunaannya.

Penggunaan pensil warna mengambil masa yang agak lama kerana mata pensilnya halus dan anda perlu membuat lorekan yang luas pada kertas lukisan anda. Lorekan yang sekata dan warna yang rata akan membosankan karya anda. Jika anda ingin menggunakan pensil warna, anda perlu menambah ton-ton gelap dan terang agar karya lebih dramatik dan matang. Gambar di bawah merupakan contoh teknik penggunaan pensil warna yang baik dan masih berpotensi mendapat gred A:

Karya Tan Yee Sam (4 Commerce)
p1010857.JPG

Dan contoh gambar di bawah ini pula, merupakan penggunaan pensil warna yang kurang ton dan menyebabkan markah anda terjejas:

Karya Raja Rafiudin (4 Commerce)

p1010860.JPG

Sebagai kesimpulan, pelajar perlulah menggunakan medium dengan bijak. Pastikan medium yang digunakan dapat membantu pemarkahan peperiksaan anda .

MENGAPA MESTI ‘POSTER COLOR’?

Setiap kali sebelum peperiksaan , pelajar sering bertanyakan tentang medium yang dibenarkan ketika peperiksaan. Kebanyakan pelajar lebih menggemari medium warna pensil kerana penggunaanya mudah dan tidak perlu menggunakan air.

Sebenarnya, pelajar digalakkan menggunakan ‘poster color’ atau ‘water color’ ketika menghasilkan karya peperiksaan . Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna pensil warna dilarang sama sekali. Dan tidak pula bermakna markah dipotong jika pelajar menggunakan warna pensil.

Namun, pelajar perlu mengetahui bahawa penggunaan ‘poster color’ dapat meningkatkan daya tarikan pada karya pelajar dan seterusnya mempengaruhi penilaian markah karya.

Contoh di bawah membuktikan bahawa penggunaan poster color sangat mempengaruhi karya anda:

Karya 1: Hasil kreativiti Raja Rafiudin (4 Commerce)

p1010860.JPG

Raja Rafiudin telah menghasilkan sebuah rekaan tin minuman dengan menggunakan medium warna pensil. Rekaan grafik yang telah dihasilkan adalah menepati ciri-ciri sebuah tin minuman dan reka letak pada tin minuman ini juga telah menitikberatkan unsur prinsip rekaan. Beliau mendapat markah 70% untuk rekaan ini. Apa yang boleh membantu Raja Rafiudin untuk menaikkan gred tersebut ke gred A? Kita lihat hasilnya jika Raja Rafiudin menggunakan medium basah untuk rekaan di atas.

Karya 2 : Hasil rekaan Raja Rafiudin (4 Commerce) (jika beliau menggunakan poster color)
rafi2.jpg

Gambar di atas merupakan gambaran kesan yang terhasil pada rekaan jika pelajar tersebut menggunakan ‘poster color’ untuk karyanya. Tidakkah perbezaannya jelas? Dengan hasil seperti di atas ini, pelajar akan layak mendapat 80% untuk karyanya. Bukankah ini membawa perubahan besar kepada gred beliau.

Sebagai kesimpulan, inilah sebabnya anda digalakkan menggunakan ‘poster color’ semasa peperiksaan. Pilihan di tangan anda. Tepuk dada tanya selera..

KARYA TERBAIK TINGKATAN 4

Pemarkahan untuk pelajar tingkatan 4 dinilai dengan lebih serius dan tegas memandangkan Tingkatan 4 sudah sepatutnya menghasilkan karya yang bertaraf SPM. Walaubagaimanapun, hanya segelintir sahaja yang menghasilkan karya yang berkualiti. Kebanyakan pelajar Tingkatan 4 masih belum matang dalam proses penghasilan karya. Malah, kualiti yang dihasilkan adalah lebih rendah daripada kualiti karya Tingkatan 1. Pelajar Tingkatan 4 seharusnya mencontohi kesungguhan pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 dalam penghasilan karya. Sikap sambil lewa dan mengambil ringan terhadap mata pelajaran seni hanya akan merugikan anda kera subjek ini merupakan subjek yang sangat bermanfaat di dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Walaubagaimanapun, tahniah kepada beberapa orang pelajar Tingkatan 4 Commerce yang berjaya menghasilkan karya yang mencapai tahap spesifikasi yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar ini disarankan untuk mengambik subjek ini untuk SPM kerana anda dinilai mempunyai potensi mendapat keputusan cemerlang.

KARYA GRAFIK (KERTAS 3)

Karya 1: Lee Hui Yean (4 Commerce)

p1010854.JPG

Karya 2: Putri Aleana Irina ( 4 Commerce)

p1010863.JPG

Karya 3: Andrea Tham (4 Commerce)

p1010858.JPG

Karya 4: Siti Fatimah Nurain (4 Commerce) p1010859.JPG

Karya 5: Tan Yee Sam (4 Commerce)

p1010855.JPG

KARYA SENI HALUS (KERTAS 2)

Karya 1 : Siti fatimah Nurain (4 Commerce) p1010870.JPG

Karya 2: Yeong Shin (4 Commerce) p1010862.JPG

Karya 3: Putri Aleana Irina (4 Commerce)

p1010861.JPG

Karya 4: Tan Yee Sam ( 4 Commerce)

p1010857.JPG

Karya 5: Lee hui Yean (4 Commerce) p1010856.JPG

KARYA TERBAIK TINGKATAN 2

Tahniah kepada pelajar-pelajar Tingkatan 2. Peperiksaaan kali ini menampilkan lebih banyak karya yang berpotensi berbanding peperiksaan yang lalu. Markah tertinggi untuk peperiksaan kali ini adalah 93%. Pelajar yang mendapat markah tertinggi ini adalah Tio Shu Anne dari 2 Terra dan Chan Bon Nie dari 2 Aqua. Jumlah pelajar yang mendapat gred kali ini turut meningkat iaitu berjumlah 34 orang. Tahniah sekali lagi diucapkan. Dan semoga prestasi seperti dapat dikekalkan pada peperiksaan akhir tahun nanti.

Berikut merupakan beberapa karya terbaik pelajar tingkatan 2 untuk peperiksaan pertengahan semester kedua:
Karya 1: Tio Shu Anne (2 Terra)

p1010976.JPG

Karya 2: Jacky Wong (2 Aer)p1010971.JPG

Karya 3: Chan Bon Nie ( 2 Aqua)p1010972.JPG

Karya 4 : Chan Wei Yang (2 Aer)p1010977.JPG

Karya 5: Joanne Moo (2 Cempaka) p1010974.JPG

Karya 6: Woon Tyen How (2 Terra) p1010978.JPG

Karya 7: Mithrra Kuladeva (2 Cempaka)p1010975.JPG

KARYA TERBAIK TINGKATAN 1

Read more…

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER KEDUA

Kepada semua pelajar Tingkatan 1,2, dan 4 .

Kertas soalan Pendidikan Seni Visual (kertas 2) telah pun diedarkan. Pelajar dinasihatkan membuat kajian (research) gambar sebelum menghasilkan karya. Karya yang baik adalah berpandukan gambarajah sebenar kerana ia mempunyai perspektif , ruang fizikal, dan reka letak yang tulen. Melukis dengan menggunakan imaginasi akan membawa kepada hasil visual yang kurang memuaskan.

Walaupun ada antara pelajar yang ingin memilih soalan lukisan imaginasi, anda tetap perlu membuat kajian gambar pada latar belakang atau benda-benda fantasi. Dengan membuat kajian terlebih dahulu, kreativiti anda dapat dimaksimakan dan hasil karya akan kelihatan lebih menarik dan kreatif.

Berikut merupakan website di mana pelajar pelajar boleh membuat pencarian gambar yang menarik.

www.veer.com

www.corbis.com

www.photonica.com

Selain dari itu, anda juga boleh menggunakan yahoo ataupun google search. Kertas soalan diberi lebih awal untuk anda membuat research dan latihan. Jangan mengabaikan peluang ini untuk menghasilkan karya yang lebih baik.

Practice makes perfect

Selamat menjawab soalan

Bab: Catan

Nota Bab Catan

bab-catan.pdf

Bab: Lukisan

Nota Bab Lukisan

bab-7-lukisan.pdf

TINGKATAN 5

Kelas tambahan untuk kerja kursus SPM akan diadakan di Cheras pada hari Sabtu, 21 June 2008. Sila bawa semu bahan untuk menyiapkan model dan segala alatan untuk menyiapkan folio kerja kursus. Kelas akan diadakan pada pukul 9.00 pagi.

TINGKATAN 1,2, dan 4

NOTIS BAGI KELAS BERTARIKH : 23, 24, dan 25 Jun 2008

Sila bawa buku teks Pendidikan Seni. Untuk subjek Pendidikan Seni pada tarikh di atas, anda tidak perlu membawa alatan melukis kerana guru akan mengendalikan kelas teori.

Terima kasih